Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda, Kuching ditubuhkan bagi mewujudkan kerjasama antara ibu-bapa dan pihak sekolah dalam usaha pendidikan anak-anak. dalam membina sebuah institusi pendidikan yang dapat melahirkan generasi yang respon dengan kehendak serta keperluan masyarakat dan diri pelajar itu sendiri.
Setiap seorang daripada kita wajib berusaha mencari keredhaan Tuhan pada apa sahaja amalan dan aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Demikianlah dalam melaksanakan aktiviti PIBG SKLK tidak hanya terhenti sekadar kebaikan di dunia, malah harus menjangkau untuk mencari pahala serta redha Tuhan dan mendatangkan manfaat hingga ke akhirat.
Program yang biasa dilaksanakan oleh PIBG adalah seperti ziarah, berbuka puasa serta program peningkatan ilmu, prasarana dan motivasi.
Jika kita dapat memahami dan bersama-sama menyokong sekolah sebagai pelengkap dalam proses mendidik anak-anak, maka model pendidikan yang bersepadu sebagai pusat membentuk bagi melahirkan generasi yang berkemampuan memimpin umat dalam menghadapi cabaran zaman, generasi yang mantap pegangannya, benar perbuatannya, kukuh peribadinnya, mampu memimpin diri sendiri dan sedia berbakti kepada masyarakat tidak mustahil dihasilkan.
Setiap kita akan mendapat ganjaran/kelebihan menurut apa yang kita niat dan usahakan. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
PIBG SKLK
0 comments:
Catat Ulasan