Tarikh rasmi buka sekolah 2021 selepas cuti akhir tahun
Pelajar atau murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang telah menikmati “cuti panjang” akhir tahun yang lalu akan bermula kembali sesi persekolahan mereka pada tarikh yang akan dikemaskini seperti di bawah mengikut sekolah di negeri kumpulan A dan kumpulan B
Ketetapan tarikh bermula penggal persekolahan baharu sesi tahun 2021 bagi pelajar / murid sekolah rendah dan menengah selepas cuti akhir tahun 2020 di seluruh negeri Malaysia adalah seperti maklumat yang disertakan di bawah
TERKINI Pengumuman Penutupan Sekolah & Penundaan Tarikh Peperiksaan (November 2020)
KPM telah memutuskan penutupan semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di seluruh negara bermula 9 November 2020 sehingga akhir sesi persekolahan tahun ini pada 17 dan 18 Disember 2020. Pembelajaran secara atas talian mengikut kesesuaian guru dan pelajar akan dilaksanakan.
Tarikh peperiksaan SPM/SVM/STAM pula dipinda dan akan bermula 22 Februari 2021. Manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021.
Semua pelajar sekolah rendah, tingkatan 1, 4, 5 dan 6 mula bersekolah secara bersemuka pada 20 Januari 2021
Pelajar Tingkatan 2 dan 3 turut mula sekolah pada 20 Januari secara home based learning dan mulai 8 Mac Secara bersemuka
JIKALAU HENDAK KEPASTIAN
0 comments:
Catat Ulasan